Program Jom Masuk IPT yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang telah memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat di negeri Pahang. Melalui program ini, KPT mensasarkan kunjungan daripada para pelajar sekolah, ibu bapa serta guru ke booth yang disediakan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pendidikan tinggi.
Penyertaan IPT awam dan swasta serta agensi lain di bawah KPT dalam program ini telah turut membantu mereka yang memasang cita-cita ke menara gading untuk membuat pilihan yang tepat. Antara pengisian di edisi ini ialah taklimat panduan UPUOnline, sesi sembang santai, persembahan muzik dan tradisional, cabutan bertuah, gerai-gerai jualan IKS serta kemunculan selebriti terkenal.